naruto

Naruto dilahirkan pada 10 Oktober, tahunnya tidak diketahui. Asal usul ibu bapa dan saudara maranya yang lain masih merupakan misteri. Sejak dilahirkan lagi, syaitan musang berekor sembilan, Kyubi no Yoko yang cuba membinasakan Konoha dikurung dalam badan Naruto oleh ayahnya, Hokage Keempat. Ayah Naruto Namikaze Minato merupakan Hokage generasi keempat manakala ibunya bernama Uzumaki Kushina. Naruto mempunyai wajah seiras ayahnya manakala sifatnya lebih serupa dengan ibunya yang merupakan seorang tomboy ketika kecil sebelum menjadi wanita cantik ketika dewasa.

Hokage Keempat berhajat agar orang kampung melihat Naruto sebagai seorang wira yang terpaksa memendam Kyubi. Malangnya, seluruh warga kampung menaruh kebencian dan kemarahan yang marak terhadap si kecil Naruto kerana Kyubi pernah meranapkan ketenangan Konoha. Malah Naruto sendiri tidak mengetahui kewujudan makhluk tersebut dalam dirinya sehinggalah dia mencecah usia dua belas tahun.

Uzumaki Kushina, ibu kepada Naruto.

Uzumaki Kushina, ibu kepada Naruto.

Uzumaki Kushina dalam komik

Uzumaki Kushina dalam komik

Mujurlah Naruto berpeluang mengenali seorang guru yang penyayang lagi berdedikasi di akademi iaitu seorang ninja Chunin, Umino Iruka. Walaupun orang tua Iruka mati dalam tangan Kyubi, Iruka tidak menyalahkan Naruto. Iruka menerima Naruto dan bersimpati terhadap niat Naruto untuk dikenali oleh orang kampung. Iruka mungkin merupakan orang pertama yang benar-benar mempercayai Naruto dan meninggalkan impak besar terhadapnya. Naruto akhirnya berjaya mengatasi perasaan sedih dan sunyi kerana kehadiran Iruka sebagai pengganti ibu bapanya.

[sunting] Personaliti

Sebelum tamat pengajian di Akademi, Naruto telah lama mengimpikan dirinya dikenali dan diterima ramai. Dia akan bermain helah dan bergurau senda di seluruh kampungnya untuk menarik perhatian. Pernah juga Naruto menconteng grafiti pada muka monumen Hokage dengan cat dan merupakan dirinya sebagai gadis seksi yang tidak berpakaian untuk menimbulkan kemarahan guru-guru. Naruto juga memaklumkan kepada mereka yang memandang rendah terhadapnya bahawa dia akan menjadi Hokage suatu masa nanti. Setelah tamat pengajian, Naruto akhirnya dicam sebagai “Ninja Bising, Mustahil untuk Dijangka dan Hiperaktif Nombor Satu” di Konoha oleh Hatake Kakashi.

Naruto dalam Kumpulan 7.

Naruto dalam Kumpulan 7.

Naruto gagal meyeru Gamabunta atau Raja Katak.

Naruto gagal meyeru Gamabunta atau Raja Katak.

Sikap gigih dan tidak mudah mengalah menyebabkan Naruto berjaya mempengaruhi watak-watak lain di sekelilingnya. Pada mulanya, Naruto bersahabat dengan Konohamaru, cucu kepada Hokage Ketiga. Konohamaru akhirnya memahami bahawa yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang dan sesungguhnya usaha itu tangga kejayaan. Walaupun tampak degil dan sedikit bodoh, Naruto boleh mengalahkan pihak lawan melalui semangat yang kental, teknik mengalih perhatian lawan yang bijak dan nasib baik semata-mata.

Naruto suka bergurau senda walaupun kadang kala gurauannya mengandungi elemen lucah. Biasanya, Naruto sering bergelak ketawa dan senyum (pada sesetengah ketika, Naruto senyum untuk menyembunyikan masalahnya; hanya mereka yang benar-benar rapat dengannya boleh mengetahui perasaan sebenar Naruto). Dari segi luaran, Naruto hanyalah seorang budak yang tidak menonjol, bising, panas baran, mempunyai jiwa kental dan selalu terlibat dalam masalah.

Salah satu daripada hobi Naruto ialah berkebun walaupun Naruto tidak dapat membezakan herba daripada rumpai (disiarkan dalam episod 20). Naruto juga menghadiahi Kakashi Mr. Ukki, tumbuhan pasu yang boleh dilihat di tepi tingkap Kakashi.

Naruto mengunakan Rasengan.

Naruto mengunakan Rasengan.

Naruto juga menjadi matang dengan cepat sejajar dengan perkembangan cerita tetapi masih kebudak-budakan dari segi pemilihan aksesori. Pakaian tidurnya selalu diiringi dengan topi malam yang dihiasi sepasang mata dan gigi. Wangnya disimpan di dalam dompet hijau berupa katak yang dipanggil Gama-chan.

Naruto suka makan dan mempunyai selera seperti Akimichi Choji. Makanan kegemaran Naruto, ramen seolah-olah bertindak sebagai penghubung antara Naruto dengan sesiapa yang sudi membayar bil nanti. Dalam banyak episod, dilihat Naruto boleh menghabiskan beberapa mangkuk aneka rasa ramen.

Musang Berekor Sembilan.

Musang Berekor Sembilan.

Sebagai perumah bagi syaitan serigala, Kyubi, tubuh dan minda Naruto kadang kala dipengaruh olehnya. Secara fizikal, Naruto mempunyai sedikit ciri-ciri Kyubi seperti tanda misai di pipinya. Matanya juga sepet seperti serigala. Naruto memiliki stamina dan daya pemulihan yang tinggi yang membolehkan Naruto sembuh daripada kecederaan parah dalam sehari dua dan luka kecil dalam beberapa saat. Memandangkan Kyubi telah dikurung dalam Naruto sejak bayi lagi, adalah tidak diketahui sejauh mana personaliti Naruto dipengaruhi oleh Kyubi. Namun, terdapat kemungkinan bahawa Kyubi menyebabkan Naruto sangat nakal dan suka mengenakan orang lain untuk mendapat perhatian dan kedegilannya untuk tidak mengaku kalah dalam mana-mana pertarungan.

Tahap chakra Naruto adalah sangat tinggi kerana Kyubi. Ebisu pernah menyatakan bahawa daya pengawalan chakra Naruto adalah lemah kerana sebahagian daripada chakranya digunakan untuk membendung chakra Kyubi yang terlalu kuat (chakra Kyubi yang luar biasa ini boleh membahayakan Naruto jika dibebaskan dengan terlalu banyak). Kakashi pula mengatakan bahawa kuantiti chakra Naruto adalah dua kali dirinya yang punya. Maka, Naruto amat sesuai mengendalikan jurus yang memerlukan banyak chakra seperti ‘Teknik Pengagihan Bayang’ (Kage Bunshin no Jutsu). Ninja lain dapat menghasilkan beberapa klon sahaja dengan sempurna kerana jurus ini mengkehendaki penggunanya membahagikan chakranya dengan tepat kepada klon-klon yang dihasilkan, berlainan pula dengan Naruto yang mampu menghasilkan 2000 klon dan pada masa yang sama, membekalkan sejumlah chakra yang mencukupi kepada setiap klon.

Musang Berekor Sembilan mengawal badan Naruto.

Musang Berekor Sembilan mengawal badan Naruto.

Musang Berekor Sembilan di dalam badan Naruto.

Musang Berekor Sembilan di dalam badan Naruto.

Chakra Kyubi selalunya menjadi lebih nyata apabila Naruto menghadapi saat-saat genting untuk memastikan Naruto (dan juga Kyubi sendiri) dapat terus hidup. Kemudian nanti, Naruto berupaya menghubungi Kyubi dan meminta chakranya. Hal ini kerana walaupun Kyubi dikurung dalam badan Naruto, chakranya masih boleh mengalir keluar untuk bersebati dengan chakra Naruto. Tambahan pula, kuantiti chakra Kyubi yang hampir infiniti menyebabkan Kyubi merupakan senjata terunggul bagi Naruto dalam pertempuran yang sengit. Apabila Naruto mula menggunakan chakra Kyubi, ketangkasan dan kekuatannya meningkat secara mendadak. Kadar kecederaannya pulih turut meningkat. Oleh sebab staminanya telah bertambah berlipat ganda, Naruto boleh terus berlawan tanpa berasa letih. Naruto biasanya boleh memendamkan chakra Kyubi sebelum transformasi ekor berlaku. Seandainya hal itu terjadi, chakra Kyubi akan menjadi lebih nyata dengan masa. Beberapa kaedah boleh dilakukan untuk memendamkan semula chakra Kyubi seperti jampi pengurung Jiraiya atau teknik mengurung Yamato.

Apabila Naruto mula-mula menggunakan chakra Kyubi, Naruto belum mampu mengawalnya menyebabkan kemarahan dalamannya menguasai minda Naruto. Lama kelamaan, Naruto berupaya mengatasi masalah tersebut. Tetapi, jika emosinya terganggu, Naruto mungkin akan menggunakan lebih banyak chakra menyebabkan Kyubi menguasainya dirinya semula.

Naruto menewaskan Kabuto dengan jurus Rasengan.

Naruto menewaskan Kabuto dengan jurus Rasengan.

Naruto menjadi lebih berkuasa dengan pertambahan bilangan ekor perisai chakra Kyubi (setakat ini di Malaysia, bahagian ini hanya boleh dilihat dalam manga). Sehinggalah ekor yang ketiga, Naruto masih sedar tetapi tindakannya lebih buas. Dia mula merasakan kesakitan sebagai akibat kuantiti chakra yang terlalu besar. Apabila Naruto mencapai tahap ’empat ekor’, Kyubi mendominasi. Minda Naruto bercampur dengan minda Kyubi. Bagi orang lain yang menyaksikan perubahan ini, Naruto kelihatan seperti mini-Kyubi.

Chakra Kyubi adalah jauh lebih kuat dan bahaya daripada chakra manusia biasa. Apabila Naruto menggunakan chakra Kyubi, tubuh asalnya menjadi kian lemah. Pada peringkat ’empat ekor’, chakra Kyubi terlalu hebat sehingga mampu membakar kulit Naruto menyebabkan darah mengalir daripada setiap liang roma. Sementara itu, chakra Kyubi sentiasa memulihkan semula tisu rosak Naruto. Kitar dicederakan-dan-dipulihkan-semula melemahkan Naruto dan secara amnya memendekkan jangka hidup Naruto.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: